Kami akan berkomunikasi dengan pengguna melalui emel dengan menyatakan subjek dan butiran lengkap di dalamnya. Jika pengguna ingin menghubungi kami, boleh hubungi melalui:
- Hantar emel ke contact@treesoft.io
- Facebook Page TreeSoft.io
- Hantar mesej melalui ruangan chat di laman web
Kami akan membalas dalam tempoh 24 jam secara umum
Untuk memaksimumkan manfaat daripada penggunaan perkhidmatan TreeSoft.io dan penambahbaikan perkhidmatan yang berterusan, kami menyimpan maklumat akaun pengguna seperti berikut:
- Nama Perniagaan
- Jenis Perniagaan
- Logo Perniagaan
Maklumat asas ini digunakan untuk analisis, pemasaran, dan promosi perkhidmatan melalui laman web atau media sosial TreeSoft
Untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi anda, laman web kami telah menetapkan dasar dalaman bagi mengawal akses terhadap maklumat ini. TreeSoft.io juga menyediakan saluran komunikasi yang selamat dengan menggunakan teknologi penyulitan Secure Socket Layer (SSL) dan telah mengimplementasikan piawaian keselamatan global — 256 bit SSL Encryption. Kami juga menggunakan perkhidmatan Amazon Web Services, iaitu Web Service Cloud No.1 di dunia.